Cart 0

[GaleriIlmu] Pazuzu Syaitan Purba oleh Nami Adnan [B3B]

RM 17.00

"la iak sakkakh iak sakkakth.,

la shaxul.

la lak sakkakh lak sakkakth.

la shaxul."

Bunyi seolah-olah bisikan itu berulang-ulang kali dan semakin jelas kedengaran. Seolah-olah ada seseorang yang membaca serapah sambil mendekati. Jeri diselubungi cemas. Dia spontan teringatkan kejadian yang hampir sama di pokok ketapang sebelum ini.

"la iak sakkakh iak sakkakth. la shaxul. He he he he..."

Bisikan tersebut seolah-olah berhembus pada kedua-dua telinga

Jeri. Dia amat pasti bahawa capan itu sama seperti jampi serapah yang dibacanya tadi. Tawa yang mengakhiri bisikan tersebut seolah-olah mengejenya. Jeri mulai berasa takut. Dia cuba bangun untuk lari. Akan tetapi tubuhnya seolah-olah terpaku di situ. Jeri cuba berteriak meminta tolong. Namun, suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong.

"A'uzu bi kalimatillahit tammati min syarrima khalaq!"

Jeri jelas dapat menangkap pekikan tersebut. Dia terus dapat mengecam si empunya suara itu. Deruan kencang angin tadi lesap tanpa diduga.