KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
1000000832

[FAJAR] Waktu Menukir Rindu by Sharina Wirdayu [RAK104]

RM 18.90

Dulu sering dia mendengar tentang kehebatan cinta. Kata orang cinta itu indah, sehingga kita lupa diri, sehingga kita hilang kata-kata. Tapi baru sahaja perasaan itu mulai meresapi dirinya, tiba-tiba cinta itu pergi jauh meninggalkannya. Mazwin keliru dengan perasaan sendiri. Mazwin tidak pernah memaksa Faris untuk mencintainya. Cintanya pula datang sendiri setelah mereka sama-sama dikecewakan. Terbongkar suatu kisah yang tidak dapat dimaafkan. Dia cuba meleraikan kekusutan Faris, daripada memilih antara dia dan Maisarah. Dan Mazwin pergi membawa lara di hati bagi menyempurnakan cinta Faris kepada Maisarah. Mazwin melangkah tanpa menoleh. Andai Mazwin tidak pergi, Faris tentu terlebih dahulu membuangnya.