KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
20

(EN.ZUL) SEGUGUS AKSARA SEALUR KASIH [RAK 119]

RM 13.00

Segugus Aksara Sealur Kasih menghimpunkan 18 buah puisi dan 6 buah cerpen yang memenangi Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Pelbagai Kaum II (2002) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dalam rangka untuk menggalakkan kelahiran penulis pelbagai kaum di negara ini. Penerbitan antologi ini bukan sekadar memperbanyak karya penulis pelbagai kaum dalam bahasa Melayu, bahkan juga turut menambahkan lagi khazanah sastera yang bermutu dalam kesusasteraan kebangsaan. Sungguhpun puisi dan cerpen yang terkandung dalam antologi ini dihasilkan oleh penulis bukan Melayu, mutu karya mereka cukup memberangsangkan dan dilihat cukup mantap dari segi estetika dan pemikiran, setanding dengan karya yang dihasilkan oleh penulis Melayu. Secara keseluruhannya, puisi yang termuat dalam antologi ini merangkumi pelbagai tema dan persoalan seperti isu-isu agama, politik, falsafah dan kemanusiaan. Percubaan penulis yang menampilkan idea-idea baru dan mengangkat watak-watak daripada sastera tradisi dan tokoh sejarah dalam cerpen-cerpen tertentu merupakan satu percubaan yang menarik dan memperlihatkan kematangan penulisnya. Penghasilan karya-karya yang boleh dibanggakan dalam antologi ini ialah manifestasi penulisnya yang mahu mengisi khazanah sastera kebangsaan dan menggalakkan lagi perkembangânnya. Malah, karya-karya yang dihasilkan juga mampu memupuk perpaduan dan integrasi rakyat Malaysia melalui pemaparan budaya kaum masing-masing, untuk difahami dan dihayati pembaca, khususnya daripada kalangan kaum lain di negara ini.