
(EN.ZUL) KEPANASAN SEKETUL SALJI HITAM [RAK 119]
''Aku merenung sejenak. Bola-bola mata aku melepasi segala yang ada di hadapan. Aku tiba-tiba ditusuk tusuk oleh sebuah istilah. Istilah ini benar-benar mencucuk-cucuk tajam ke alur batin aku. Mulut aku ternganga luas-luas. Air mata aku mengalir laju. Aku terdengar sayup-sayup istilah itu bermesra di telinga aku. Sevvai dosam. Sevvai dosam. Sevvai dosam.''
" Inilah istilah yang menghancur kan harapan "aku" dalam cerpen "Kepanasan Seketul Salji Hitam" yang dipilih menjadi judul antologi ini. Apakah maksud istilah Sevvai dosam itu. Apakah yang dinamakan upacara "mendulang".
Bagaimanakah "maksu" menunai kan segala impiannya? Kesemua persoalan ini terjawab dalam antologi para pemenang Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Pelbagai Kaum Ke-III. Karya-karya yang dihasilkan memaparkan pelbagai budaya dan adat resam kehidupan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.