KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
22

(EN.ZUL) IMPIAN DALAM BIRU MUDA : ANTOLOGI PUISI JERMAN-MELAYU [RAK 119]

RM 8.00

Antologi ini memuatkan puisi-puisi yang terkenal dan terbaik yang dihasilkan oleh 87 penyair Jerman dari abad ke-12 hingga abad ke-20. Antara mereka ialah Johann Wolfgang Goethe, Friedrich Schiller, Friedrich Nietzsche, Hermann Hesse, Bertolt Brecht dan Günter Grass. Para penyair yang karyanya termuat dalam antologi ini kesemuanya menulis dalam bahasa Jerman walaupun ada antara mereka berasal dari Austria dan Switzerland.
Puisi-puisi dalam buku ini, yang merupakan antara yang terbaik dan digemari ramai di negeri Jerman, disusun berdasarkan tahun lahir para penyair untuk memberikan gambaran perkembangan pemikiran di negara-negara berbahasa Jerman mengikut zaman yang silih berganti. Pada umumnya, puisi-puisi ini membicarakan soal kemanusiaan seperti kebebasan insan, keadilan, tema agama, cinta, kritikan sosial dan politik. Keadaan setempat negara asal dan suasana di Nusantara turut menjadi sumber ilham penyair.
Terjemahan puisi alah hasil usaha tiga tokoh terkemuka, iaitu penyair Muhammad Haji Salleh dari Malaysia, penyair Ramadhan K.H. dari Indonesia dan ahli sastera Berthold
Damshäuser dari Jerman.