
(EN. ZUL) ANTOLOGI PEMENANG SAYEMBARA MENGARANG PANTUN ANTARABANGSA 1997 : PERMATA TIMUR [RAK 119]
PERMATA TIMUR menghimpunkan sembilan buah pantun yang memenangi Sayembara Mengarang Pantun AntaraBangsa 1997 anjuran Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM) yang ditaja biayanya oleh Syarikat Gapurna Sdn. Bhd. dan The New Straits Times (M) Bhd. Sayembara ini juga diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Sayembara mengarang pantun bertaraf antarabangsa yang julung-julung kali diadakan di Malaysia berhasil mencungkil karya-karya pantun daripada pengarang Malaysia dan warga dunia lainnya. Sembilan buah naskhah pantun berkait empat kerat yang memenangi sayembara ini dihasilkan oleh Hj.Abdul Halim Haji Salleh ("Abdul Halim R"), Taha Abd.
Kadir, Mariah Jamaludin, Mohd. Amran Daud, Mohd.Farid Hj. Jafri, Muda @ Daud Yusof, Cik Siti Aida Mohamad, Siti Aminah Haji Yusof dan Yahya Samah.
Kekuatan antologi Permata Timur ini terserlah dengan kepelbagaian tema yang dibicarakan dan diungkapkan dengan gaya bahasa yang puitis, indah dan membuka cakerawala pemikiran.