[DBP] Undang-Undang Berkaitan Dengan Kelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam : Hak dan Tanggungjawab Edisi Ketiga [RAK116b]
Buku Undang-Undang Berkaitan dengan Kelakuan dan latatertib Penjawat Awam: Hak dan Tanggungjawab Edisi Ketiga membincangkan hak dan tanggungjawab penjawat awam. Pada pendapat penulis, kebanyakan penjawat awam masih tidak mengetahui akan hak dan tanggungjawab mereka dalam hal-hal berhubung dengan kelakuan dan tatatertib sebagai penjawat awam. Bagi pihak yang menguruskan hal ehwal kelakuan dan tatatertib penjawat awam pula seperti Urus Setia Lembaga Tatatertib atau Lembaga Tatatertib, mungkin telah melangkaui bidang kuasa mereka atau tidak mengikut lunas undang-undang yang sebenarnya semasa menguruskan hal ehwal kelakuan dan tatatertib penjawat awam. Semua ini akan mengakibatkan penjawat awam teraniaya atau dikenakan hukuman yang tidak sepatutnya.
Dengan itu, penulis telah menekankan kepentingan dan keutamaan penjawat awam dalam mengetahui akan hak dan tanggungjawab mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan dalam perkhidmatan awam. Apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan, mereka sebenarnya telah mendedahkan diri pada tindakan tatatertib tanpa mengetahui hak mereka di sisi undang-undang.
Dalam Edisi Ketiga ini, penulis turut memasukkan input-input terbaharu termasuk keputusan mahkamah yang relevan. Rujukan utama perbincangan ialah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (termasuk pindaan tahun 2007) dan juga Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Selain itu, beberapa peruntukan statut terkini termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan beberapa Pekeliling dan Surat Pekeliling turut diketengahkan.