[DBP] Tinta Kenangan: Kumpulan Esei Bahasa dan Linguistik - Isamu Shoho [RAK116b]
Kumpulan Esei Bahasa dan Linguistik
Isamu Shoo, pakar bahasa Melayu yang pernah berkhidmat di tiga buah institusi, iaitu Universiti Toa (University of East Asia), Institut Kebangsaan Bahasa Jepun (National Institute for Japanese Language) dan Universiti Bahasa Asing Tokyo (Tokyo University of Foreign Studies).
Sebagai penyelidik utama di Institut Kebangsaan Bahasa Jepun, beliau telah menghasilkan karya tersohor, Ko-so-a no taikei (Sistem Kata, Demonstratif ko-so-a). Buku yang bersifat deskriptif itu telah menjadi rujukan utama bagi pengkaji bahasa Jepun hingga ke hari ini.
Beliau pada mulanya terkenal sebagai pakar bahasa Indonesia, dan mula berjinak-jinak dengan bahasa Melayu pada tahun 1990, apabila beliau meyertai Bahagian Pengajian Malaysia di Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Bahasa Asing Tokyo.
Buku Isamu Shoho: Tinta Kenangan, merupakan kumpulan esel yang ditulis oleh beberapa orang bekas pelajar dan rakan sekerja beliau, sama ada di Jepun mahupun di peringkat antarabangsa sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau. Pemerhatian beliau tentang sintaksis dan semantik kata ganti nama demonstratif dalam bahasa Melayu, turut dimuatkan dalam buku ini.
Buku ini merupakan sumber rujukan yang penting bagi mereka yang terlibat dengan kajian bahasa dan linguistik. Buku ini juga membincangkan senario pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia di peringkat antabangsa.