
(DBP) STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING [RAK 08]
Buku Strategi Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing ini ditulis sebagai panduan kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu kepada penutur asing. Buku ini mengandungi 10 bab yang berkisarkan strategi pengajaran Bahasa Melayu untuk penutur asing. Bab 1 hingga Bab 5 memberikan penekanan pada masalah pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kemahiran menulis dengan menggunakan kaedah berstruktur, strategi pengajaran untuk pelajar Nusantara, maklumat budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu, dan aplikasi digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Bab 6 hingga Bab 9 pula mengetengahkan strategi pengajaran Bahasa Melayu yang meliputi aspek tatabahasa. Antara strategi pengajaran tatabahasa yang dicadangkan termasuklah strategi pengajaran kata kerja, adjektif, aspek sinonim, dan ragam ayat pasif dan ayat songsang. Bab yang terakhir pula membincangkan kepentingan elemen visual dalam pengajaran kosa kata Bahasa Melayu kepada penutur asing. Selain itu, buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan untuk pelajar ijazah tinggi mahupun para penyelidik yang menjalankan kajian dalam bidang yang sama.