KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
typic3pathPic0idxPic18793ext18793

(DBP) SIRI KESANTUNAN BAHASA : SANTUN BERBAHASA (EDISI KEDUA) [RAK 08]

RM 18.00

Buku yang disusun dengan berlatarkan semangat untuk membantu kerajaan mengisi Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, kini disajikan kepada masyarakat dalam edisi kedua dengan penekanan khusus pada aspek kesantunan bahasa. Kesantunan bahasa yang dibincangkan dalam buku ini berasaskan konsep yang luas.
Asas kesantunan bahasa ialah kepatuhan pada sistem bahasa, yang meliputi sistem atau aturan linguistik dan kemudian sistem sosial dan akhirnya aspek pragmatik.
Selain itu, edisi ini memuatkan satu bahagian yang membandingkan salah satu aspek kesantunan bahasa, iaitu sistem sapaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Mudah-mudahan buku yang cukup sederhana ini dapat membantu anggota masyarakat, baik penjawat awam mahupun swasta memahami asas-asas kesantunan bahasa untuk meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan khidmat, di samping untuk meningkatkan keharmonian dalam masyarakat, agar kemajuan yang kita capai memenuhi konsep kemajuan yang seimbang dan bersepadu.