Cart 0

[DBP] Sinonim dan Kelingkaran Makna dalam Kamus [RAK17]

RM 35.00

Sinonim merupakan salah satu persoalan bahasa yang menarik dalam semua bahasa, termasuklah bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang kaya dengan khazanah kosa kata menyediakan banyak perkataan bersinonim bagi membolehkan pengguna mempunyai pilihan kata yang lebih banyak serta bersesuaian dengan konteks penggunaan. Namun demikian, pengguna kamus sering menghadapi masalah ketika ingin mencari makna bagi perkataan yang bersinonim. Makna yang diberikan dalam kamus didapati saling merujuk antara satu sama lain sehingga menyebabkan pengguna tidak berjaya mendapatkan maksud sebenar perkataan

tersebut.

Buku Sinonim dan Kelingkaran Makna dalam Kamus ini dihasilkan dengan tujuan untuk mendokumentasikan dan memaparkan beberapa kaedah pemaknaan sinonim dalam dunia perkamusan Melayu. Kajian terhadap makna yang terkandung dalam kamus bukanlah satu perkara yang baharu dalam kajian bahasa. Terdapat pelbagai kajian ilmiah yang telah dihasilkan, namun penyelidikan tentang kaedah pemaknaan sinonim ini mash belum menyerlah dalam leksikografi Melayu.

Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai rujukan kepada pensyarah, pelajar, pengkaji bahasa dan pembaca umum yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kaedah pemaknaan sinonim dalam kamus.