KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
MELAYU

(DBP) Simbolisme dalam Motif Songket Melayu Terengganu [RAK 826]

RM 100.00


Konsep Simbolisme dalam Motif Songket Melayu Terengganu adalah untuk pembacaan umum yang berkaitan dengan tenunan songket. Songket ditakrif sebagai ratu fabrik Melayu yang sangat halus serta tinggi mutu keasliannya. Bersandarkan kepada kualiti dan keunikanya, songket tidak sekadar indah pada permukaannya semata-mata tetapi kaya dari sudut makna dan falsafah. Rata-rata masyarakat di dunia tidak kira dalam kelompok mana pun mempunyai pakaian tekstil tertentu yang dapat mengetengahkan ciri-ciri kemegahan identiti dan jati diri.

ARBA’IYAH AB. AZIZ adalah Profesor Madya di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM. Beliau banyak menghasilkan karya seputar kajian seni songket dan tekstil Melayu.