
(DBP) SI TENGGANG [RAK 02]
Pada suatu hari, Tenggang ditangkap oleh kelasi kapal dagang Helang Segara. Tenggang bernasib baik kerana dia diambil oleh Nakhoda Jaya menjadi anak angkatnya. Oleh sebab minat dan usahanya, akhirnya Tenggang dilantik menjadi nakhoda. Sejak itu dia menjadi kaya-raya tetapi dia juga sentiasa teringat akan kedua-dua ibu bapanya yang masih tinggal di hutan. Dia sangat ingin bertemu dengan mereka tetapi hatinya berbelah bahagi. Mengapa Tenggang bersikap begitu?
Mengikut versi tradisional cerita rakyat, Tenggang merupakan lambang anak yang derhaka, yang akhirnya disumpah menjadi batu. Akan tetapi, dalam versi yang baharu ini, Tenggang juga melambangkan seorang manusia biasa yang mempunyai kompleks. Perasaan, tingkah laku dan perubahan yang terdapat pada watak Tenggang diterangkan sebegitu rupa supaya dapat difahami oleh kanak-kanak. Di samping itu, keadaan sekitar dan masyarakat yang digaulinya juga bertanggungjawab terhadap perubahan sikapnya. Oleh itu, pembaca dapat menilai watak Tenggang serta membuat kesimpulan yang lebih berkesan dan adil.
Cerita ini sesuai untuk dibacakan atau menjadi bacaan kanak-kanak yang berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.