
(DBP) SASTERA KANAK-KANAK : KOLEKSI TERPILIH CERITA UNGGAS [RAK 02]
RM 10.00
Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak. Melalui cerita rakyat, kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat zaman silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan nilai-nilai kebudayaan mereka.
Kanak-kanak tidak sahaja memperoleh pengetahuan tentang kehidupan masyarakat zaman silam ini tetapi juga turut terhibur dengan persembahan cerita menarik yang diselit dengan pengajaran.
Koleksi ini mengandungi 21 buah cerita yang mengemukakan watak unggas (burung). Sdr. Aripin Said telah mengolah semula cerita-cerita ini daripada bentuk persembahan asalnya supaya gayanya lebih mudah dan sesuai dengan pemahaman kanak-kanak.
×
×
×