
(DBP) RAHSIA SIHAT MELALUI PUASA [RAK 08]
Mutakhir ini, Malaysia dikategorikan sebagai negara yang paling ramai populasinya mengalami masalah kegemukan di rantau Asia Tenggara. Kegemukan, memberikan implikasi terhadap peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, yang turut melonjak kesnya. Kegemukan pada dasarnya berpunca daripada berlebihan pengambilan makanan dan kurang aktiviti fizikal. Remedi bagi masalah ini sudah tentunya dengan mengurangkan pengambilan makanan, antaranya melalui berpuasa dan pengehadan kalori. Berpuasa merupakan amalan mulia yang menjadi tuntutan semua agama sebagai salah satu cara dalam menangani masalah
pemakanan. Buku ini mengupas aspek berpuasa dari sudt falsafah, sains, pemakanan dan kesihatan awam. Yang menariknya, buku ini turut membincangkan konsep pengehadan kalori yang giat dikaji oleh para saintis dari segi manfaatnya terhadap kesihatan. Secara khusus, buku ini memaparkan panduan amalan berpuasa dengan mengetengahkan konsep amalan berpuasa sunah berserta pengehadan kalori untuk diamalkan oleh masyarakat yang peka terhadap kesihatan fizikal dan rohani.
Buku ini hasil karya penyelidik dan pakar dietetik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. Buku ini sesuai untuk bacaan umum, agamawan, penyelidik, ahli promosi dan profesional kesihatan serta pelajar. Diharapkan agar buku ini dapat dimanfaatkan dalam sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran al-Quran dan sunah bagi meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.