[DBP] Pembiakan dan Penternakan Ikan Kerapu Hijau oleh Nik Daud Nik Sin [RAK119]
Ikan kerapu hijau merupakan spesies utama yang menjadi pilihan • dalam industri akuakultur ikan laut di Malaysia. Spesies ini merupakan ikan yang popular dengan tarikan namanya yang dikenali sebagai kerapu hijau. Ikan ini sangat istimewa kerana boleh diternak di dalam air payau dan air masin. Satu lagi sifatnya yang pelik ialah boleh bertukar jantina daripada betina menjadi jantan.
Penternakan ikan ini telah memberikan sumbangan besar dalam pengeluaran akuakultur negara kita kerana diernak di dalam sangkar, kolam dan tangki. Industri akuakultur ikan kerapu ini boleh membantu pengusaha menjanakan pendapatan dan boleh memberikan pulangan pelaburan yang menguntungkan dalam tempoh yang singkat. Pembaca boleh memahami tentang biologi ikan kerapu, perihal pembiakan dan penternakan serta peluang pelaburan yang boleh diceburi. Buku ini juga bukan sekadar memberikan pengetahuan asas tentang pembiakan dan penternakan ikan kerapu kepada bakal pengusaha tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang ikan ini khususnya.