Cart 0
WhatsApp Image 2025-12-23 at 10.14.26 AM

[DBP] Panduan Memilih Ikan Segar [RAK06]

RM 55.00

Butiran Produk

No. Produk

597621105514101

No. ISBN

Tarikh Terbit

9789834605513

02 Feb 2016

Bil. Halaman (ms)

188

Penulis

Berat (Versi Cetak)

Hamdan Jaafar, Bah Piyan Tan, Yusri Atan


PANDUAN MEMILIH IKAN SEGAR

Pemilihan ikan segar selalunya berdasar ciri-ciri fizikal ikan, yang dinilai menggunakan deria rasa pembeli. Penilaian kualiti ikan segar selalunya dibuat ke atas bahagian utama ikan seperti permukaan badan, mata, insang dan keratan otot.

Buku ini diolah untuk membantu menilai tahap kesegaran ikan berdasarkan dua puluh enam sampel spesies ikan marin komersial tempatan yang boleh dikategorikan seperti berikut a) Ikan yang di pasar secara segar, b) Ikan yang dipasarkan secara segar atau diproses, c) Ikan yang dipasarkan selepas diproses atau diawet. Melalui gambar dan keterangan yang diberikan, diharap buku ini dapat menjadi panduan untuk menilai tahap kesegaran ikan dan memilih ikan segar bagi pelbagai tujuan.

Buku ini sesuai digunakan bagi kerja lapangan untuk pegawai yang menjalankan Program Kawalan Mutu Ikan, Pegawai Penyelidik, pelajar, peniaga, pemprosesan, pemborong ikan, peruncit, pengguna dan orang awam. Sehubungan itu, dengan terbitnya buku ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran terhadap permintaan ikan segar dan berkualiti.