
(DBP) NUMERASI DAN PENYELESAIAN MASALAH [RAK 02]
Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan, terutamanya guru matematik sekolah rendah kerana kandungannya amat baharu dalam bidang numerasi di negara kita. Numerasi merupakan bidang yang harus difahami daripada peringkat awal supaya murid dapat memahami numerasi sepenuhnya di peringkat sekolah lagi.
Penulisan bahan yang khusus memerlukan penulis yang pakar dan berpengalaman serta berpengetahuan mendalam dalam bidang yang ditulis.
Buku ini turut membincangkan numerasi dan penyelesaian masalah dari segi model, ciri-ciri, teori dan strategi. Selain itu, buku ini juga menerangkan model penyelesaian masalah, teori penyelesaian masalah, strategi pengajaran penyelesaian masalah dan soalan-soalan penyelesaian masalah mengikut bab. Penulis juga turut menekankan aspek-aspek berkaitan penyelesaian masalah dan latihan yang berkaitan bagi penyelesaian masalah mengikut bab untuk sekolah rendah.