KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
pro_1434_1838F_B6056

(DBP) NOVEL BERUNSUR POLITIK KENEGARAAN MALAYSIA DAN INDONESIA : KAJIAN BANDINGAN [RAK 08]

RM 22.00

Hubungan rapat antara sastera dengan politik tidak dapat dinafikan kerana perkembangan politik turut mempengaruhi perkembangan sastera sesebuah negara. Malahan, karya sastera turut diwarnai oleh unsur politik, seperti pertentangan ideologi, permusuhan, perebutan kuasa, mempertahankan kuasa dan penyelewengan kuasa. Oleh itu, buku ini membincangkan persoalan dalam novel berunsur politik yang dihasilkan oleh penulis Malaysia dan Indonesia dari tahun 1970 hingga tahun 1989 dengan penerapan teori kuasa dan teori konflik. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji sastera dan sesuai untuk pelajar institusi pengajian tinggi serta pembaca umum yang berminat dalam bidang kajian kesusasteraan Melayu khususnya bidang kajian bandingan.