Cart 0

[DBP] Muhammad Haji Salleh: Pelayaran Si Tenggang di Lautan Ilmu- Biografi Sasterawan Negara [RAK10]

RM 65.00

"Orang lelaki selalu lepas pencen tak tahu buat apa, penyakit pun senang datang. Tetapi Prof. suka berkarya. Tak henti-henti. Tak kira siang atau malam. Itu yang membuatkan dia sihat. Sebab otanya masih berfikir. Jadi, saya memang menggalakkan dia berkarya. Tak kira orang menerima atau tidak. Tapi tujuannya satu, untuk kebalkan rakyat Malaysia."

- isteri Muhammad Haji Salleh

* * *

"Si Tenggang di Lautan Ilmu" merupakan metafora yang bertolak daripada judul kumpulan puisi kedua Muhammad Haji Salleh yang berjudul Buku Perjalanan Si Tenggang II yang terbit pada tahun

1975. Kumpulan puisi kedua beliau itu telah menjadi penanda aras kepenyairan Muhammad Haji Salleh dalam kalangan sarjana kesusasteraan di Malaysia dan pengkritik sastera sehingga ke hari ini.

Biografi Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh ini mencakupi riwayat hidup tokoh yang lengkap, subjek falsafah kepengarangan, sikap dan pemikiran, dan sumbangan beliau dalam pelbagai genre sastera di peringkat nasional. Serantau, dan antarabangsa.