[DBP] Mengharungi Samudera Menggapai Angkasa [RAK18]
Buku ini mengandungi kumpulan 51 esei berasaskan fikrah penulis. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian dan tema: 1. Islam dan Siasah; 2. Bahasa dan Sastera; 3. Sejarah, Budaya dan Pendidikan; dan 4. Perubatan, Psikiatri dan Psikologi. Semua foto termasuk foto kulit buku diambil atau dimbas oleh penulis, melainkan sekitar tiga foto dirinya yang diambil oleh rakan-rakannya. Dari tahun 1995 hingga tahun 2023, sebanyak 20 buah karyanya (lapan sebagai penulis bersama dan 12 sebagai penulis tunggal) telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) antaranya:
1. Mahkota 2020. Terbitan 2023. Novel psikiatri dan kemanusiaan. Penulis tunggal.
2. Etika Perubatan Islam dan Isu-isu Psikiatri. Edisi Semakan, terbitan 2023.
Penulis bersama.
3. Anak Gunung Selat Sunda. Anugerah Buku Negara (Koleksi Fotografi) 2022.
Terbitan 2023. Penulis tunggal.
4. Muara Qalbu. Terbitan 2022. Novel sejarah. Penulis tunggal.
5. Saudara Sedarah Satu Sejarah: 101 Puisi Bergambar. Terbitan 2022.
Penulis tunggal.
6. Sastera Tanpa Sains Tiada Kemajuan, Sains Tanpa Sastera Tiada Keanggunan. Siri Sarahan Keris Mas. Terbitan 2022. Penulis tunggal.
7. Ombak Aceh Tsunami Insani. Terbitan 2021. Penulis tunggal.
8. Psikologi Perubatan. Terbitan 2019. Penulis bersama.
9. Sorrow Behind the Smiles: Notes on a Humanitarian Journey in Iraq, Kosovo, Afghanistan and Iran. Terbitan 2006. Penulis tunggal.
10. Tsunami...Grief Beyond Tears. Terbitan 2006. Penulis tunggal.
11. Seksualiti Manusia, Terbitan 1999. Penulis bersama.
12. Perubatan Psikologi Islam. Terbitan 1995. Penulis tunggal.
Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom lahir pada 9 Julai 1952, seorang doktor pakar psikiatri forensik, dilatih di Mesir, Malaysia dan Australia. Telah memikul amanah jawatan akademik dan pentadbiran di beberapa buah universiti awam dan swasta Malaysia.
Penulis pelbagai genre yang menjadi penulis tunggal serta penulis bersama lebih 50 buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pengasas dan mantan pemimpin beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) nasional,