KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Liku-Liku-Pertemuan-Baling-680x680

(DBP) LIKU-LIKU PERTEMUAN BALING [RAK 02]

RM 37.00

Liku-Liku Pertemuan Baling memaparkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu, ketika berhadapan dengan tentangan British terhadap saranannya untuk melakukan program amnesti dan bertemu dengan Chin Peng. Tunku mengambil tindakan ini supaya proses mendapatkan kemerdekaan dipercepat. British, akhirnya akur terhadap desakan Tunku bersandarkan beliau begitu antikomunis. Chin Peng pula menyarankan pertemuan tersebut kerana dia menyedari bahawa dia tidak akan berjaya dalam peperangan bersenjata. Sebelum pertemuan itu lagi, komunikasi antara kedua-duanya tidak berganjak daripada pendirian masing-masing. Tunku tidak akan mengiktiraf Parti Komunis Malaya dan bertegas supaya parti tersebut dibubarkan serta pengganas komunis menyerah diri, namun pendirian Ching Peng sebaliknya. Kegagalan pertemuan ini membawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Chin Peng dan gerilanya terus menjadi buruan pasukan keselamatan.