KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
typic3pathPic0idxPic21621ext21621

(DBP) KUMPULAN PANTUN : BUMI DIPIJAK LANGIT DIJUNJUNG [RAK 02]

RM 15.00

Kumpulan Pantun Bumi Dipijak Langit Dijunjung menghimpunkan pantun Ahmad Sarju sebanyak 693 buah daripada 103 tema yang berlainan.
Kesemua tema berkisarkan persoalan-persoalan nasional dan kenegaraan. Ahmad Sarju membuktikan kecintaan beliau terhadap negara ini dengan menghasilkan pantun-pantun yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Walaupun Ahmad Sarju berupaya menghasilkan karya-karya yang lebih dekat dengan nilai dan persoalan yang lebih dekat dengan masyarakat pada masa kini seperti persoalan-persoalan paradoks dan kehilangan kebebasan peribadi sebagai contoh tetapi Ahmad Sarju memilih untuk menghasilkan karya yang membawa gagasan yang lebih utama iaitu patriotisme tetapi dengan aroma yang lebih moden dan ringan.