
(DBP) KUMPULAN CERPEN : SEBUAH SURAU SEBUAH RUMAH DI TEPI KONDOMINIUM [RAK 02]
RM 27.00
Kumpulan Cerpen Sebuah Surau Sebuah Rumah di Tepi Kondominium mengandungi 13 buah cerpen karya Osman Ayob, penulis Kedah yang tidak asing lagi dalam ranah sastera tempatan. Hampir semua cerpen dalam kumpulan ini pernah tersiar dalam majalah Dewan Sastera dari tahun 2007 hingga tahun 2021, manakala cerpen "Riak Perubahan" memenangi hadiah sagu hati Peraduan Menulis Cerpen Bersempena dengan Perayaan Jubli Emas DBP 2006.
Pelbagai tema digarap oleh Osman Ayob dalam kumpulan cerpen ini. Antara tema tersebut termasuklah perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dalam
organisasi, perjuangan membebaskan diri daripada kekejaman perang, pertelingkahan antara dua generasi, kasih sayang dan kemanusiaan.
×
×
×