
(DBP) KOSMONAUT [RAK 02]
RM 30.00
Sekumpulan angkasawan maut tatkala Stesen Angkasa Antarabangsa Ceres meletup. Namun, kematian itu amat janggal sifatnya. Mereka mendapati diri mereka hidup semula, terawang-awang di angkasa lepas dengan perubahan ketara pada jasad mereka, iaitu mereka menjadi sejenis makhluk bercahaya. Mereka berasa janggal di planet kerdil Ceres. Di daratan, tersimpan rahsia komplot yang melibatkan interaksi manusia dengan makhluk asing. Di bawah lautan pula, terdapat sebuah kota aneh, yang menjadi tempat makhluk yang menguasai teknologi teragung sedang menanti mereka.
Apakah pengakhiran kehidupan mereka? Adakah mereka mampu bertemu semula dengan keluarga di bumi atau menjadi pengembara masa?
×
×
×