Cart 0

[DBP] Kosa Kata dan Peribahasa Melayu Sarawak Edisi Kedua [RAK 47]

RM 20.00

Buku ini memuatkan kosa kata dan peribahasa bahasa Melayu Sarawak yang semakin dilupakan oleh generasi muda, sekali gus merakamkan khazanah linguistik yang berharga. Penerbitan edisi kedua ini perlu untuk menambah kosa kata yang belum dimasukkan dalam edisi pertama, selepas usaha gigih pengumpulan dan penelitian berterusan dilakukan. Penambahan ini penting untuk memastikan khazanah linguistik bahasa Melayu Sarawak ini diteruskan dan dilestarikan agar tidak hilang begitu sahaja. Buku ini bukan sahaja memberi tumpuan pada kosa kata dan peribahasa Melayu Sarawak, tetapi juga memberi gambaran aspek tertentu ten

Stobudaya yang lebih luas. Pengumpulan kosa kata dan peribahasa gai daerah di Saribas, Samarahan, dan Kuching ini dapat membantu

pembaca i:

ahami penggunaan bahasa Melayu Sarawak secara lebih mendalam,

dalam konteks masyarakat tempatan serta bagaimana bahasa itu mencerminkan adat resam, pemikiran, serta amalan masyarakat Melayu. Selain itu, karya ini memberi peluang kepada pembaca untuk lebih mengenali loghat atau dialek yang berbeza dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak, serta menonjolkan keunikan dan kepelbagaian bahasa yang ada. Penerbitan ini penting untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ilmu, serta memastikan khazanah linguistik bahasa Melayu Sarawak kekal hidup untuk generasi akan datang.