Cart 0
WhatsApp Image 2025-12-23 at 10.21.58 AM

[DBP] Kamus Idris al-Marbawi: Sumbangan dan Peranannya dalam Leksikografi Arab-Melayu [RAK05]

RM 15.00

Buku ini menghuraikan kandungan Kamus Idris al-Marbawi yang merupakan sebuah

karya besar dalam bidang leksikografi.

Perbincangan buku ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama berkisarkan latar kehidupan Muhammad Idris al-Marbawi yang menyenth keperibadian beliau sebagai seorang ulama Melayu yang tersohor. Sementara itu, bab kedua memerikan sejarah ringkas strategi penyusunan Kamus Idris al-Marbawi dengan memberikan tumpuan terhadap penyusunan dan kategori maklumat yang termuat dalam kamus, termasuklah kandungan, kaedah dan penyusunan entri, rujuk silang, maklumat bahasa, ejaan, dan lain-lain.

Dalam pada itu, bab ketiga pula membincangkan penganalisisan maklumat yang meliputi keterangan beberapa bentuk kata kerja, termasuklah kata kerja berimbuhan, kata kerja al-Muta'addi dan al-Lazim, penggunaan gender, aspek semantik, kata turunan dan kata terbitan, kata jamak dan kata pinjaman, penggunaan dialek Mesir atau bahasa pasar, penggunaan ayat serta gaya bahasa.

Kosa kata dialek Melayu yang ditemui dalam Kamus Idris al-Marbawi edisi baharu dibincangkan dalam bab keempat. Kosa kata ini merupakan entri tambahan bagi dialek yang lazim dituturkan di Kampung Lubok Merbau dan sekitarnya. Bab kelima pula membincangkan Kamus Idris al-Marbawi sebagai pemangkin kepada

penerbitan kamus Arab-Melayu dan Melayu-Arab pada akhir tahun

1920-an dan awal tahun 1930-an di Semenanjung Tanah Melayu dan di Indonesia. Bab keenam yang merupakan bab akhir membincangkan kerelevenan Kamus Idris al-Marbawi dalam pendidikan moden kini.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan kepada para pelajar dalam bidang leksikografi, para pengajar serta pembaca umum yang ingin mengetahui pendekatan yang digunakan oleh Muhammad Idris al-Marbawi ketika menyusun kamus yang berwibawa ini.