KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
images

(DBP) KAJIAN BANDINGAN NOVEL SEBELUM MERDEKA : MALAYSIA, INDONESIA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM [RAK 14]

RM 25.00
Buy Now

Novel-novel sebelum merdeka di Malaysia; Indonesia dan Negara Brunei Darussalam masth memperlihatkan teknik penceritan sastera Melayu tradisional atau sastera hikayat dari sudut pengolahan, tema, pewarnaan watak, latar dan sudut pandangan. Tema-tema yang ditonjolkan adalah berkaitan masyarakat seperti percintaan muda-mudi, kahwin paksa, eman-sipasi wanita, kebebasan sosial, pertembungan budaya dan semangat nasionalisme. Kajian ini cuba meneliti dan mengenal pasti unsur-unsur persamaan dan perbezaan dalam novel-novel tersebut, yang sudah pasti mendukung pelbagai latar belakang dan seterusnya menemukan kekuatan masing-masing. Ruang lingkup kajian ialah membuat penelitian terhadap pertentangan atau konflik yang wujud antara unsur tradisi, modeniti dan pascamodeniti hasil daripada kesan pembangunan yang berlaku. Selain itu, para pengkaji juga turut meninjau aliran-aliran ataupun kecenderungan baru dalam kalangan pengarang, sama ada dari segi pemikiran ataupun gaya penulisan. Pandangan pengarang di ketiga-tiga buah negara tentang bentuk-bentuk penulisan yang bersesuaian dengan tema, budaya, pengaruh dan latar belakang kehidupan negara masing-masing juga diberikan tumpuan. Kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji dan peminat sastera serta memperkaya kepustakaan kajian sastera di Nusantara.