KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
images

(DBP) ILANG [RAK 25]

RM 18.00

ILANG itu bukan parang sembarangan. la lambang keberanian dan kemenangan. Akan tetapi, desakan hidup membuatkan
Tuai Rumah Dunggau gagal mempertahankan warisan pusaka itu. Namun ironinya, niat itu ditentang oleh Anong, anaknya yang tidak pernah pun mengambil peduli akan kepentingan tarian ngajat.
Setelah tawar-menawar dibuat, rahsia di sebalik ilang yang bakal berganti tuan itu disingkap. Kisah Ojeh yang banyak berjasa kembali disebut. Nama Sibat yang selalu cemburukan sahabat sendiri, diungkap. Manakala Suria yang berada di antara dua orang pemuda itu, juga tidak dilupakan.
Dan ternyata, menyingkap tragedi paling tragis itu menimbulkan satu rasa dalam diri Tuai Rumah Dunggau.
Hatinya mula goyah. Di satu sisi, dia mahu melihat Anong berjaya dalam pelajaran. Di sisi yang lain, dia berasa seperti telah mengkhianati kaum kerabatnya. Sedangkan Tuan Brown yang melihat, menunggu penuh harapan.