Cart 0
WhatsApp Image 2025-12-23 at 3.43.59 PM

[DBP] Ikan Kekek Di Semenanjung Malaysia [RAK59]

RM 35.00

Buku Ikan Kekek di Semenanjung Malaysia ini mengandungi pelbagai maklumat khas, khususnya

kepelbagaian spesies, keunikan anatomi sistem organ pendarcahaya, biologi dan ekologi ikan kekek. Selain itu, kekunci bergambar pengecaman spesies ikan kekek juga diperincikan oleh penulis supaya

memudahkan pembaca mengenal pasti jenis ikan kekek semasa di pasar. Buku ini juga telah mengemaskinikan rekod tentang jumlah bilangan ikan kekek yang terdapat di perairan kita serta menyemak semula nama biasa atau memperkenalkan nama biasa baharu kepada setiap jenis ikan kekek mengikut nama saintifik yang sedia ada.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan

peringkat umur sama ada penyelidik, pelajar atau penggemar ikan yang minat kepada kepelbagaian biologi. Di samping itu, buku ini juga memberikan ilmu pengetahuan yang komprehensif dalam penyelidikan.

Diharapkan buku ini dapat memangkinkan minat berjangka panjang terhadap kehidupan marin dan memberikan gambaran mengenai ancaman utama yang mempengaruhi khazanah semula jadi.