KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Untitled

(DBP) HIMPUNAN KERTAS KERJA : ISU DAN PROSES PEMBUKAAN MINDA UMAT MELAYU ISLAM [RAK 04]

RM 20.00

* Meskipun penduduk Islam di dunia dianggarkan sebanyak 106 bilion orang pada tahun 2000 ataupun antara 20 hingga 25 peratus penduduk dunia, dan lebih 230 juta orang penduduk Islam di Asia Tenggara namun dalam bidang ilmu, ekonomi, sains, dan teknologi, bilangan, yang besar ini tidak kelihatan. Walaupun berlaku kebangkitan Islam, umat Melayu Islam merupakan golongan yang kalah dalam segenap bidang
* Penutupan "pintu ilmu" iaitu ijtihad oleh ulama pada abad ke-10 dengan kepercayaan bahawa kemungkinan semua masalah manusia telah terjawab, menyebabkan kemajuan kesarjanaan dan keintelektualan Islam yang dibina sejak abad ketujuh mengalami kebekuan.
* Tatkala kesarjanaan dan keintelektualan Islam beku, Eropah bebas daripada Zaman Gelap; Renaissance membawa Zaman Kesedaran, penemuan saintifik, geografi, jalan perdagangan baharu, dan kemuncaknya Revolusi Industri. Pusat tarikan ekonomi berpindah dari bumi Islam ke Barat.
* Sebaliknya, ulama terus menolak idea dan teknologi baharu. Mereka dengan sewenang-wenangnya menolak apa-apa sahaja dari Barat dengan dakwaan hal itu tidak Islam atau haram.
* Walaupun pintu ijtihad dibuka semula pada abad ke-19 dan dalam proses ini, beberapa buah negara Islam mula muncul dengan istilah pemodenan, nasionalisme, dan dasar awam sekular, umat Islam tetap ketinggalan serba-serbi
* jika dibandingakan dengan Barat. Fenomena yang serupa dihacapi oleh umat Melayu Islam.
* Dalam menghadapi keadaan sedemikian dan sesuai dengan kebangkitan Islam, umat Melayu Islam sentiasa diseru supaya kembali kepada Islam yang sebenar.
* Namun, apakah Islam yang sebenar dan di manakah jalan sebenar untuk kembali?
Malahan, dalam beberapa keadaan, Islam terpaksa tunduk kepada ideologi politik.