Cart 0

[DBP] Etak: Lokan Air Tawar oleh Aweng A/L Eh Rak & Ahmad Abbas Kutty [RAK119]

RM 12.00

Etak merupakan sejenis kerangan yang bentuknya seakan lokan tetapi hidup di habitat air tawar dan bersaiz jauh lebih keil jika dibandingkan dengan lokan. Etak kebiasaannya ditemui di kawasan sungai yang berpasir

atau kolam yang mempunyai aliran masuk dan keluar air.

Hal ini demikian kerana, etak merupakan hidupan yang suka kepada air bersih.

Etak merupakan kerangan yang mash belum dikenali ramai baik dalam kalangan masyarakat, komuniti penyelidik, akademik mahupun pelajar sekolah. Justeru, buku ini ditulis dan diterbitkan dengan tujuan untuk memberi pendedahan berkaitan morfologi, habitat dan kepentingan etak dalam rantaian makanan, fungsi etak sebagai pengimbang ekosistem, tindak balas etak dalam penentuan indikator pencemaran, sumbangan etak kepada ekonomi masyarakat setempat selain mengangkat etak sebagai salah satu daripada makanan warisan negara.