[DBP] Dato' Onn Ja'afar Pengasas Kemerdekaan - Oleh Ramlah Adam [RAK06]
Buku ini membicarakan aspek penting dalam sejarah politik Malaysia. Sungguhpun sebelum ini telah banyak terhasil karya yang menyentuh tentang Dato' On Ja'afar, namun kajian ini lebih lengkap, menyeluruh dan mendalam, hasil penyelidikan yang luas dan teliti.
Kerjaya politik Dato' Onn Ja'afar dari tahun 1930 hingga 1962 dihuraikan dengan menitikberatkan peranan beliau dalam kegiatan nasionalisme politik dan pentadbiran Tanah Melayu. Aktiviti dan perjuangan Dato' Onn Ja'afar dikaji dengan menggunakan bahan asas sejarah dan sumber kedua.
Peranan beliau sebagai seorang pegawai tadbir yang berpengalaman luas dan terlibat dalam penyediaan struktur kerajaan negeri, RIDA dan Persekutuan Tanah Melayu dikemukakan bagi melihat kedudukannya dalam sejarah politik Malaysia.