
(DBP) BIDANG KUASA JENAYAH DI MALAYSIA [RAK 04]
Buku Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia ini mengupas dengan terperinci konsep, skop dan bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagai institusi pengadilan berdasarkan enakmen-enakmen yang berkaitan dengan undang-undang jenayah Mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia. Buku ini membincangkan konsep jenayah dalam Islam, iaitu qisas, diyät, hudüd dan ta'zir berdasarkan pendapat fuqaha' Islam. Ke-salahan dan hukuman zina, murtad, meminum arak, mencuri, merompak dan menuduh melakukan zina turut dikupas dalam buku ini.
Penulis buku ini, Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab.
Majid, ialah profesor dalam bidang Syariah. Beliau merupakan tokoh akademik yang banyak membincangkan perkara yang berkaitan dengan perundangan. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.