
(DBP) AROWANA IKAN HIASAN BERNILAI (EDISI KEDUA) [RAK 20]
This book is written in Malay. It is on the ornamental Osteoglossum fish. Arowana, ikan yang dahulunya boleh ditangkap dengan mudah dan dijadikan makanan, kini menjadi simbol kekayaan dan mampu menjana ekonomi negara. Harganya yang mencecah ribuan ringgit membuktikan ketinggian nilainya. Kepercayaan sesetengah masyarakat menganggap ikan ini memberikan tuah atau `ong' kepada pemiliknya menaikkan lagi `saham' arowana di mata peminat-peminat ikan hiasan. Keunikan yang ada padanya membuatkan peminat arowana begitu teruja untuk memilikinya walaupun terpaksa mengeluarkan belanja besar. Buku Arowana Ikan Hiasan Bernilai Edisi Kedua ini mengandungi pelbagai makiumat tambahan berkenaan arowana yang meliputi jenis, keunikan, pemakanan dan penjagaannya untuk tatapan peminat ikan arowana. Buku ini juga boleh dijadikan panduan pengusaha ternakan arowana dan peminat yang baru berjinak-jinak dengan keseronokan alam arowana yang begitu mengasyikkan. Sesuai dengan keunikan arowana buku ini dipersembahkan dengan reka bentuk dan gambar yang lebih menarik.