
(DBP) ANTOLOGI CERPEN REMAJA : ARTIS KOREA BERTUDUNG BAWAL [RAK 02]
Antologi Cerpen Remaja: Artis Korea Bertudung Bawal mengandungi
15 buah cerpen yang menghimpunkan sembilan orang penulis ahli
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza, sama ada dari segi penulisan mahupun pekerjaan.
Kepelbagaian ini telah menghasilkan tema yang pelbagai tentang dunia remaja. Melalui antologi ini, kehidupan dunia remaja turut dikaitkan dengan suka duka yang berlaku dalam masyarakat seperti tragedi runtuhnya Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth dan permainan meriam buluh yang sering dimainkan semasa bulan Ramadan. Dunia tanpa sempadan juga terserlah dengan penggunaan digital dalam kehidupan remaja dengan mengangkat usahawan remaja melalui aplikasi e-dagang. Tidak ketinggalan juga bagi remaja yang terlalu meminati artis luar sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan seharian sehingga lupa akan jati diri. Secara tidak langsung, antologi ini dapat mendidik para remaja menjadi lebih baik dan menghargai apa yang mereka miliki.