KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
25

(DBP) ANTARA YANG DIKENDONG DENGAN YANG DIKEJAR [RAK 134]

RM 52.00

Apakah sebenarnya yang diharapkan penulis dengan penerbitan buku ini? Jawapan yang tepat: UNTUK MEMBANGKITKAN KEMBALI KESEDARAN POLITIK DAN KEBUDAYAAN DALAM KALANGAN BANGSA MELAYU dan sekali gus untuk menyemarakkan minat terhadap konsep "serumpun" (nusantara). Seterusnya untuk mengkaji kembali aspek dan "susur galur" konsep itu dan memahami kewujudannya. Dengan demikian, diharapkan akan dapat memberikan interpretasi yang lebih kreatif sambil menggali kembali kemungkinan bangsa-bangsa"serumpun" memberikan sumbangan yang optimum terhadap perkembangan tamadun umat manusia.Buku Antara Yang Dikendong dengan Yang Dikejar ini dibahagikan kepada lapan bahagian besar (bab utama), iaitu dimulakan dengan "Bab Pertama: Prolog" yang mengandungi dua puisi panjang dan satu naskhah syarahan perdana pengukuhan jawatan profesor Universiti Malaya, dan diakhiri dengan "Bab Lapan: Epilog" yang dapat dianggap sebagai rumusan daripada kandungan keseluruhan buku. Kandungan buku ini diharapkan meniadi satu penghayatan terhadap perjuangan bangsa Melayu sepanjang sejarah terutama semenjak dirempuh kuasa-kuasa asing dari benua Asia dan Eropah.