[BYOND] Tax Expert 10 Strategi Urus Cukai Gaya Expert oleh Azli Muhamad [RAK823]
TAX EXPERT 10 STRATEGI URUS CUKAI GAYA EXPERT
Tax Expert: 10 Strategi Urus Cukai Gaya Expert oleh Tuan Azli Muhamad adalah panduan komprehensif untuk menguasai pengurusan cukai dengan kepekaan yang tinggi terhadao tanggungjawab yang mesti dijalankan sebagai pemilik bisnes.
Antara topik utama yang anda akan pelajari:
Perbezaan Enterprise vs Sdn Bhd
Kelebihan dan kekurangan struktur syarikat serta pilihan terbaik untuk perniagaan anda.
Gaji dan Faedah Pengarah
Kaedah menentukan gaji yang efisien dan faedah yang boleh dioptimumkan dari segi cukai untuk Directors dan Shareholders.
Kereta Syarikat
Strategi untuk menggunakan kereta syarikat tanpa menjejaskan kedudukan cukai anda.
Zakat dan Derma
Panduan memanfaatkan potongan zakat dan derma untuk manfaat cukai syarikat yang mengikut compliance dengan undang-undang.
Pendapatan
Cara tepat membuat pengiraan dan melaporkan semua jenis pendapatan, termasuk yang dikenakan cukai.
Perbelanjaan Boleh Ditolak vs Tidak Boleh Ditolak
Kaedah untuk mengasingkan perbelanjaan yang sah boleh ditolak daripada yang tidak boleh ditolak untuk mengoptimumkan cukai.
Ansuran Cukai
Teknik membuat bayaran ansuran cukai tepat pada masanya untuk mengetakkan
penalti.
Kalendar Cukai
Panduan penuh tentang kalender cukai yang wajib diketahul untuk memastikan urusan cukai sentiasa dikemas kini.
Faedah, Dividen, Royalti
Cara menguruskan pendapatan dari sumber-sumber inil dengan betul dari segi cukai
Pengecualian Cukai Lain-lain
Pelbagai pengecualian cukai yang boleh digunakan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat dan individu.
Buku ini adalah panduan wajib untuk sesiapa yang ingin menguruskan cukai dengan bijak, efisien, tanpa salah langkah dan terbukti berkesan menemani perjalanan anda sebagai pemilik bisnes yang bertanggungjawab.