KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
8e76d82b-7a6b-4502-8a5c-e2ee3c13aafb

(AZBAKIA) TG. KARANG KE PUTRAJAYA : MENITI GELORA POLITIK (RAK 14)

RM 50.00

Buku ini merupakan sebuah memoir yang memaparkan latar kisah yang berlaku dalam karier politik seorang menteri yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan empat orang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato' Seri Najib Razak dan Dato' Seri Ismail Sabri. Paling istimewa, kisah yang dipaparkan boleh dianggap masih belum diketahui umum dan belum pernah didedahkan, yang sebahagiannya sangat kontroversi dan merupakan 'rahsia terpendam' sama ada berkait dengan pentadbiran kerajaan mahupun berunsur gelora politik yang tiada kesudahan.

Tan Sri Noh bin Omar, seorang ahli politik berkaliber dan bekas menteri dalam Kerajaan Barisan Nasional telah menempuh pelbagai pengalaman pahit manis dalam kerajaan dan jatuh bangun dalam arena politik, menerusi penulisan ini oleh bekas Setiausaha Sulit Kanannya dan juga teman rapat beliau, mendedahkan secara jujur dan telus apa yang berlaku di sepanjang karier Tan Sri Noh bin Omar sebagai ahli politik dan menteri. Justeru, buku ini sangat signifikan bagi mereka yang ingin mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat siapakah Tan Sri Noh bin Omar dari segi sikap, gerak kerja dan pendirian sama ada dalam politik, kerajaan dan kehidupan peribadi. Semoga buku ini dapat diabadikan menjadi bahan rujukan dan renungan sejarah, dan sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran yang berguna kepada rakyat Malaysia pada masa hadapan.