
(ARUS INTELEK) SIRI BUDAYA ISLAM : PERIBADI INSPIRASI I (KESYUKURAN KEIKHLASAN KESABARAN) [RAK 02]
Siri Budaya Islam memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat umum tentang keagungan pemikiran dan pekerti Islam seperti yang dipaparkan dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., para rasul serta sahabat.
Penulis telah berusaha mengumpul beberapa mukjizat ke dalam dua buah buku, iaitu Mukjizat / dan Mukjizat II. Mukjizat / adalah khusus tentang mukjizat Nabi Muhammad s.a.w., manakala Mukjizat II adalah tentang mukjizat nabi/rasul yang lain. Mukjizat / memberi tumpuan kepada kelebihan Nabi Muhammad s.a.w. dari segi jumlah dan kehebatan mukjizat berbanding nabi/rasul yang lain.
Peribadi Inspirasi / dan Peribadi Inspirasi Il pula merupakan himpunan cerita tentang nilai-nilai mulia yang diamalkan oleh para rasul serta sahabat. Nilai-nilai seperti keikhlasan, kesabaran, kebenaran dan kejujuran, dapat dan sepatutnya diamalkan dan dijadikan panduan oleh kita semua.
Untuk membantu penghayatan pelajar, setiap tajuk dipertingkatkan dengan ilustrasi, peta, salasilah nabi/rasul serta soalan-soalan pengukuhan yang sesuai.
Dengan membaca Siri ini, adalah diharap agar para pembaca boleh menimba inspirasi dan teladan yang dapat membentuk mereka menjadi Muslim sejati yang berfikiran dan berperibadi tinggi.