
[Ana muslim] YEAY... RAMADAN DATANG LAGI! [RAK111]
Yeay... Ramadan Datang Lagi! daripada Siri Novel Islami Ramadan adalah sebuah kisah yang ditulis untuk menimbulkan kecintaan kanak-kanak terhadap ibadah puasa. Siri ini mengajak kanak-kanak untuk mempersiapkan jiwa dan raga menyambut kedatangan Ramadan
"Dah Nak Puasa Ke?" memberikan kefahaman kepada kanak-kanak bahawa bulan Rejab dan Syaaban yang mendahului bulan Ramadan adalah dua bulan yang penuh kebaikan untuk melakukan ibadah puasa sunnah. Soalan yang sangat penting seperti "mengapa Allah SWT menyuruh kita berpuasa?", berjaya mengungkap rahsia dan hikmah mengapa puasa itu diwajibkan untuk orang yang beriman. Semoga siri buku ini dapat mengajak kanak-kanak untuk menghayati keindahan dan kerinduan orang yang beriman menunggu akan ketibaan bulan Ramadan.