
[ANA MUSLIM] Jersi Syawal Untuk Ramadan [RAK106]
RM 8.90
Syawal seorang murid yang pintar dan aktif bersukan. Kelebihannya itu sedikit sebanyak membuatnya bangga dengan diri sendiri. Kerana sifat ego, dia tidak gemar bergaul dengan murid lain. Kemasukan seorang murid baharu di kelasnya iaitu Ramadan, membuatkan Syawal tidak senang hati. Apatah lagi apabila Ramadan dilantik menjadi kapten pasukan bola sepak yang selama ini hanya layak disandang oleh Syawal. Apakah yang membuatkan Syawal sukar untuk mengikis egonya? Antara Ramadan dan Syawal, siapa yang akhirnya terpaksa berkorban?
×
×
×