KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
kitabadab

(AKADEMI JAWI) Kitab Adab Perempuan [RAK 819]

RM 55.00
  • Ḥikmah dan kebijaksanaan leluhur kita dalam ḥāl iḥwal rumah tangga dibuktikan dalam Kitāb Ādāb Perempuan. Ianya sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan:  yaʻnī pendidikan anak-anak.
  • Nilai-nilai keṣiḥatan, antaranya naṣīḥat untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci. 
  • Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci. Pengarang menṣifatkan peranan perempuan sebagai isteri, ibu, dan penghulu rumah tangga sebagai:
 …sebesar-besar pekerjaan yang patut disempurnakan kerana berkhidmatkan waṭan (tanah air) kemanusiaan.
  • Kitāb ini dikarang pada tahun 1926 oleh Aḥmad Yaʻqūb Al-Johori  bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ʻālam perkahwinan. Pada tahun 1965, kitāb ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.