KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
1000000880

[Adiwarna] Epik Cinta dari Agïa [RAK109]

RM 19.80

Kisah ini kisah yang datang dari jauh, dari Bumi Agïa. Kisah ini kisah yang panjang. Kisah ini kisah cinta.


Segala-galanya bermula daripada pengakhiran sebuah kemerdekaan. Daripada sebuah cinta yang terlewat. Daripada dendam penuh kesumat. Daripada sumpah janji setia. Dari lima ratus tahun yang dulu, sampai ke detik ini.


Firus, Maharaja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun takhta selepas dua belas tahun bersemayam di Kota Ophir. Penggantinya kelak adalah Alanah, Puteri Sabak. Mereka punya sejarah yang sama, lama dulu. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Alanah dipersiapkan di bawah bimbingan Firus.


Dan Alanah dipertemukan takdir dengan Kama. Pada lelaki bermata biru itu, misteri.


Sungguh, hati yang paling sukar untuk diperintah. Dan takdir itu telah menentukannya untuk mereka kelak. Untuk Firus. Untuk Alanah. Untuk Kama.


Untuk Ophir.


Nun dari seberang sana, dari Tanah Orkal, kapal-kapal hitam berlayar tiga sedang menongkah samudera. Bersamanya, ada dendam kesumat. Gehara sang raja mahu melunaskan janji itu. Seratus lima puluh buah kapal hitam sedang menyeberang Laut Cehipa. Mereka akan tiba ke Tanah Kayang, ke Ophir.


Demi Orkal.


Pada pengorbanan untuk sebuah perjuangan. Pada cinta yang tak terucapkan. Pada kesumat yang belum terlunas. Pada janji yang ditunggu